PRAKTIKUM MINGGU PERTAMA
Alhamdulillah telah melepasi minggu yang pertama.. dari jalan yang gelap, telah mula diterangi cahaya pelita.. Saya berharap dalam tempoh 10 minggu ni, dari jalan yang telah diterangi pelita, akan keluar sang bulan menerangi alam.. Saya berdoa semoga kawan-kawan semua berjuang habis-habisan untuk 10 minggu ni..
Sepanjang seminggu ni hati sentiasa berdebar-debar sebab rasa takut, risau dan kelam kabut semua ada.. Antara cabaran minggu pertama ni, saya terpaksa menggabungkan 2 kelas menjadi 1 kelas atas sebab kekurangan guru dan guru sejawat telah dipinjam buat sementara waktu mengganatikan rakan yang sedang sakit.
Dengan bergabungnya kelas, saya terpaksa memberi perhatian yang lebih kerana murid-murid telah bercampur dari umur 4, 5 dan 6 tahun. Sesuatu yang mencabar apabila menghadapi kerenah anak-anak berumur 4 tahun yang sentiasa mengganggu PnP abang-abang dan kakak-kanak yang berumur 5 dan 6 tahun.
Atas sebab yang demikian, kelas menjadi bising dah huru hara atas sikap negatif sesetengah murid-murid yang suka bercakap-cakap dan membuat bising. Adakalanya agak melampau sehingga menjerit dan membingitkan suasana.
Selepas melepasi minggu pertama, saya terpaksa mengambil inisiatif bagi mengawal keadaan supaya terkawal dan berdisipllin. Ini perlu diatasi dengan segera bagi mengelakkan murid-murid terlibat dalam masalah yang lebih serius daripada menjadi pelajar yang distruktif.
Setelah saya mengkaji dan menganalisa penyelesaian masalah, saya telah menyenaraikan cadangan penyelesaian atau penambahbaikan antaranya ialah
- Bersikap tegas dalam membuat teguran awal
- mewujudkan suasana kasih sayang yang telus dengan murid (bonding)
- Muwujudkan sistem token tingkahlaku
- Meletakkan peranan dan tanggungjawab kepada murid-murid tersebut.
- Menyediakan aktiviti yang mampu menarik minat dan perhatian murid.
Dengan menyenaraikan dan membuat penyelesaian tersebut, saya berharap saya berjaga mengawal tingkahlaku murid-murid saya dan memastikan pemerhatian yang sepenuhnya. Saya tidak mahu menjadi guru yang gagal mengawal tingkah laku murid-murid.
PASTIKAN BOLEH !!! YAKIN BOLEH !!!!!
Labels: BAHAN KDC
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home